Tuesday, January 27, 2015

Ganjaran tahap jauhari program NILAM

Unit pusat sumber akan memberikan mata merit kepada pelajar yang mencapai tahap Jauhari sekurang - kurangnya gangsa pada bulan Julai ini. Mereka yang meminjam buku melebihi 10 buah buku sehingga bulan Mei juga akan diberikan merit.

Mereka yang gagal meminjam buku pula diberikan peluang sehingga minggu hadapan ( 3 Februari 2015) untuk meminjam minima 2 buah buku sebulan.Tindakan dimerit  10 akan dikenakan selepas itu...( tidak meminjam  -5 dan tidak menghantar buku NILAM  -5) untuk bulan Januari ini.


Tahap Jauhari

Gangsa 72- 143    merit minima 5
Perak 144 -215    merit minima 7
Emas 216 - 287    merit minima 9

NILAM 288 Keatas merit 10

pemberian merit ini  tertakluk kepada syarat dan  perbincangan bersama unit HEM/Ko kurikulum...bukanlah muktmad.

Pinjam dan bacalah buku  kerana ilmunya.. bukannya kerana terpaksa. Ilmu yang dapat ditulis dan dikongsi bersama..maka lebih bermanfaat ilmu tersebut dan lebih banyak keberkatannya.

Kenali Bandar Segamat


 Image result for bandar segamat

Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.     - Sumber wiki pedia

Pekan Buloh Kasap -dan jambatan putus  - bangunan 1920 an. Masih ada di Pekan Buloh Kasap.          sumber wanitakakilangit.blogspot




Segamat Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara danPahang di timur. Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat). Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin

Sunday, January 25, 2015

Program penyampaian watikah Pengawas dan PRS



PELANCARAN GERAKAN NILAM 2015

   
PROGRAM GERAKAN NILAM
telah selamat dilancarkan oleh Encik Halmy Bin Ahmad , TUAN PENGETUA SMK Buloh Kasap , Segamat Johor.

Oleh itu, pelajar diminta meminjam buku minima dua buah buku sebulan. Buatlah ringkasan NILAM 10 BUAH BUKU SEBULAN.

Semoga dengan adanya aktiviti ini.. pelajar dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti buku yang dibaca.

Tuesday, January 6, 2015

Tahun 2015 Yang Penuh Cabaran

Assalammualaikum.

Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi  kerana dengan kuasanya kita bertemu lagi dalam  suasana yang baru dalam tahun 2015. Awal tahun ini, marilah kita menyambut dengan penuh kesyukuran sambutan kelahiran Nabi Muhammad pada 3 Januari lalu. Semoga tahun ini memberikan hati yang lebih cekal untuk menempuh dugaan yang mendatang. Kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan... usahalah dengan lebih baik lagi.Kesempatan ini juga kami  mengucapkan salam takziah.. kepada mangsa - mangsa banjir dan mereka yang telah pergi meninggalkan kita...Bekas guru - guru kita, saudara mara , kawan -kawan sekolah kita.
Alfatihah..
Pada tahun ini..  sekolah kita akan memulakan  persekolahan pada 11 Januari 2015. Ikutlah jadual dan bawalah buku teks. Jadikan senyuman dan salam serta ucap selamat sebagai amalan.

Marilah berazam untuk menuntut ilmu...bekerja dengan gigih.Namun rehatlah jika kesihatan tidak mengizinkan. Niatlah apa sahaja yang kita lakukan kerana Allah.Insyaallah akan dipermudahkan.


Selamat Tinggal SMK Buloh Kasap. Tuan Pengetua Berpindah ke SMK Tg Puteri Resort Johor Bahru. Selamat berpindah Puan Suzana dan Ustazah Sabariana. Terima kasih cikgu

Kenangan dari Pusat Sumber Kenangan dari PVMA Kenangan dari wakil tingkatan Terima kasih kepada Tuan Pengetua En. S.Mugune...