Monday, November 30, 2015

Hantar Buku Dahulu.. harap maklum pelajar tingkatan 5

Pelajar tingkatan 5 /2015  yang belum memulangkan buku 



Pada hari keputusan SPM diumumkan , sekiranya anda tidak memulangkan buku perpustakaan, anda akan dikenakan denda dan sijil berhenti sekolah anda ditahan .Harap maklum, pemulangan buku  sekiranya cikgu tiada kelas pada hari tersebut.

HARI : KHAMIS
TARIKH:  3 MAC  2016
Masa     ;  Mulai jam   11.10 - 1.50 Tengahari sahaja

 Sila pulang awal untuk mengelakkan kesulitan .AMARAN INI TELAH DIBERIKAN SETELAH HABIS PEPERIKSAAN SPM YANG LALU. HARAP BERI PERHATIAN.SEGALA URUSAN PEMULANGAN TIDAK DAPAT DILAYAN  SEKIRANYA CIKGU ADA KELAS.Terima kasih



5 SAINS

1.Nurul Dahlia Huda
2.Arifin Bin Buang
3.Muhammad Aidi Hilmi
4.Muhammad Hamizi
5.Nurul Fatehah



5 B
1.Muhammad Adha
2.Noraina Shafikah
3.Roslaila
4.Nurul Najiha
5.Siti Nurain Binti Johari
6.Muhammad Ridzuan Bin Hamdan
7.Muhammad Daniel Bin Ghazali
8.Hani Raihana Binti Tuah


5C

1.Intan Shafinaz Binti Yazid
2.Arivalagan
3.Mohd Faizfahmi
4.Deepan
6.Mohd Haslam
7.Mohd Fazrul
8.Law Ann Ann
9.Mohd Hafizi Bin Zainal
10.Kashween Varma
11.Fitriyah Khaleeda
12.Muhamad Fazrul Fahmi

5D

1.Nur Amanina
2.Muhammad Muqri
3.Abdul Subha
4.Nur Aishah
5.Fahmi Bin Mohamad
6.Nur Intan Najieha
7.Safiah Binti Taslim
8.Lam Su Lu
9.Chan Yi Han
10.Nur Farhani Najwa
11.Muhammad Izzudin
12.Shariez Zamer
13.Muhammad Izwan Iskandar
14.Nur Fatini

5 E
1.Mohd Zaini
2.Tan Yi En
3.Lee Zhen Ming
4.Tey Fan - Fan
5.Chew Chiao Hui
6.Soh Jia Chao
7.Mohd Tarmizi
8.Yap Zhi Chai
9.Khu Yong Ye
10.Mohd Safwan

5 MPV


1.Muhammad Azrul

2,Muhammad Hanafi
3.Muhammad Alif Firdaus
4.Masturina
5.Norhasyimah
6.Mohamad Ashraf
7.Mohd Aiman
8.Mohd Zulkifli
9.Mohd Hafizudin



SEKIRANYA ANDA TELAH MEMULANGKAN BUKU, SILA DATANG KE PERPUSTAKAAN UNTUK URUSAN PEMBATALAN TERSEBUT PADA WAKTU YANG TELAH DITENTUKAN SEPRTI DI ATAS. TERIMA KASIH.

Saturday, October 31, 2015

Seloka untuk Pelajar Menghadapi peperiksaan PT3/SPM/STPM 2015

Anak seluang si anak rusa,
Halwa maskat manisnya rasa,
Kalau kita rajin berusaha,
Kejayaan pasti didepan mata.

Kalau begitu tekad disemat,
Jangan dibiar masa nan singkat,
Biar semanagat menjadi erat
Buktikan dengan hasrat yang hebat.

Harapan kami moga dipenuhi,
Tunaikan amanahmu sepenuh hati,
Jika dirimu ingin membalas budi,
Keputusan peperiksaanmu itulah menjadi bukti.

Ikhlas : Pusat Sumber SMK Buloh Kasap

Jangan lupa pulangkan buku perpustakaan. Keberkatan itu bermula dari kejujuran..

Majlis restu pelajar SPM dan STPM -Selamat berjuang esok.








Monday, October 26, 2015

PERINGATAN SEMUA PELAJAR

Pelajar yang meminjam buku perpustakaan diminta  memulangkan buku - buku tersebut setelah peperiksaan akhir tahun berakhir.


Pelajar PT3 perlu memulangkan buku selewat lewatnya pada 29 OKTOBER 2015. Pelajar tingkatan 5 dan 6 masih boleh meminjam buku kerana perpustakaan akan dibuka semasa peperiksaan berlangsung ( rujuk puan Hariati)

Pelajar yang ingin menghantar buku NILAM terutamanya mereka yang telah mendapat tahap jauhari - minima gangsa ( 72 buah buku) sila hantar selewatnya pada hari Ahad ( 1 November 2015). Sila maklumkan kepada rakan -  rakan terima kasih. Senarai nama yang tidak memulangkan buku sila rujuk papan kenyataan perpustakaan atau berjumpa Puan Hariati.

PULANGKAN BUKU PERPUSTAKAAN.

ELAKKANNAMA ANDA DISENARAI HITAM

ELAKKAN DARI DIDENDA.

Semoga apabila anda memudahkan urusan kami, insya Allah , Allah akan memudahkan urusan pelajar .
Sila war - warkan kepada rakan SMK Buloh Kasap.

Terima kasih semua.

Hari Anugerah kecemerlangan Ko Kurikulum dan Majlis Graduasi Tahun 2015

Pihak sekolah menghargai sumbangan pelajar dalam pelbagai bidang.







Hari Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum telah berlangsung pada hari rabu 21Oktober 2015. Hari Anugerah Graduasi pelajar tingkatan lima dan enam telah berlangsung pada 25 Oktober 2015 yang lalu. Amat menarik apabila ibubapa dapat hadir semasa majlis graduasi ini dan melihat perkembangan akademik terutamanya keputusan percubaan SPM dan STPM. Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Sekalung tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana.

Tuesday, August 18, 2015

Pelajar STPM berjaya memasuki Universiti Awam - tahniah

Tan Fei Yin yang mendapat CGPA 4.0 mendapat tempat di Universiti Teknologi Malaysia .Tahniah.

Semoga kecemerlangan Fei Yin menjadi inspirasi kepada pelajar STPM   lain pada tahun ini.

Statistik pelajar STPM yang memasuki IPTA untuk kemasukan September 2015


UTM - 1
UPSI -  1
UiTM -1
UUM - 4
UKM/UM - 1

Tahniah kepada pelajar berkenaan. Semoga pelajar lain juga dapat mengikuti jejak langkah pelajar cemerlang ini.

Saturday, August 15, 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Smk Buloh Kasap

Gimik sempurna apabila perkataan "sehati sejiwa " terpapar pada skrin dan banner dipaparkan sepenuhnya.Tahniah cikgu Hushaini Bin Sulaiman dan rakan rakannya. 
Gimik pelancaran ..asap keluar.diikuti dengan banner yang bergerak. Kelihatan tuan pengetua  bersama Guru Kanan Pentadbiran dan Guru kanan Bidang sains kemasyarakatan memerhatikan gimik pelancaran.




















Pelajar pelbagai bangsa bersemanagat menyanyikan lagu " Tanggal 31 dan jalur gemilang "
Pelajar tingkatan enam turut serta dalam pelancaran bulan kemerdekaan
Hadiah kuiz spontan...setiap hari di perhimpunan pagi.

Mohd Rakin Bin Husin menyampaikan sajak dengan penuh semangat..tahniah.

Cikgu Anuar Bin Abd Rahman turut serta dalam deklamasi sajak..berbakat dan tahniah...


Buku berkaitan kemerdekaan dipamerkan dalam perpustakaaan.

Sunday, August 9, 2015

Encik S.Mugunen a/l Chendu - Pengetua SMK Buloh Kasap

Beliau telah dilahirkan di kota tinggi dan bersekolah di Johor Bharu. Beliau telah lebih 30 tahun berkhidmat dalam perguruan  dan menjawat jawatan penolong kanan HEM, penolong  kanan Ko kurikulum dan  pelbagai jawatan dalm bidang perguruan.Sepanjang perkhidmatan beliau telah mencurahkan bakti di negeri  Johor dan Sarawak. Kebolehan beliau ialah bertutur dalam 6 bahasa termasuk bahasa Cina dan  bahasa Iban. Jangan terkejut beliau bukan sahaja mahir membaca malah menulis dalam tulisan jawi  kerana beliau belajar di sekolah jenis kebangsaan semasa sekolah rendah. Harapan beliau ialah mendapat kerjasama semua pihak untuk merealisasikan harapan supaya   prestasi sekolah dapat dilonjakkan. 

Selamat Datang Tuan Pengetua SMK Buloh Kasap dan sambutan hari raya peringkat sekolah


Segak bergaya..Tuan Pengetua S. Mugunen a/l Chendu dalam pakaian lengkap baju melayu, bersamping dan bersongkok.

Barisan pentadbir bersama - sama meraikan aidilfitri 1436 hijrah.

Guru kanan bidang  bersama pelajar..



Bukan membakar lemang..kami nak tolong makan.


Sempena aidilfitri - persembahan pelajar pendidikan khas -" si bongkok "yang memenangi beberapa kategori peringkat daerah ..Tahniah

Saturday, June 20, 2015

Hari Terbuka sekolah Dan Karnival MPV daerah segamat








Karnival Matapelajaran Vokasional  sekolah sekolah daerah Segamat meriah kerana pada hari tersebut juga diadakan hari terbuka sekolah. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.Tahniah kepada guru, para peserta karnival, pelajar dan ibu bapa yang hadir.

Pelancaran Program Sempena Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah

Program Ihya' Ramadhan disempurnakan oleh Pemangku Pengetua ,Encik Ahmad Hourmain Bin Sulaiman Penolong Kanan Pentadbiran diiringi  Encik Shahrulnizam Bin Shafie. Aktiviti sepanjang Ramadhan antaranya ialah Tazkirah, ceramah nizul qur'an, Tadarus, majlis khatam, solat hajat  untuk kelas peperiksaan, solat Dhuha dan Majlis berbuka puasa. Bersama samalah kita mengambil bahagian dan mealaksanakan kerana Allah dan rasulnya..Tahniah kepada Guru dan Panitia Agama Islam.

Salam Ramadhan


selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga SMK Buloh kasap

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]



 “ Perut adalah sarang kepada penyakit,
menahan diri adalah ubat kepada penyakit


 Menerobos keistimewaan bulan Ramadhan, tentunya banyak sekali pahala dan ganjaran bakal diperolehi bagi orang Islam yang berusaha untuk mendapatkannya.  Ibarat bonus yang datang bersama dengan pakej keistimewaan Ramadhan, puasa juga memberi impak kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar berlapar dahaga, tetapi tarbiyah dalam bulan puasa mampu menyediakan individu muslim yang peka dan berdisiplin terhadap budaya makan seharian.  Ramadhan menjadi madrasah terbaik untuk memulakan langkah menyeimbangkan tubuh badan mencapai kesihatan optimum.


Seorang pakar perubatan Arab bernama Al Harith Ibnu Kaladah pernah mengungkapkan, ‘perut merupakan sarang kepada penyakit, menahan diri itu adalah ubat kepada segala penyakit.' Justeru, puasa mendidik kita mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan kerana sikap itu akan mengundang masalah kepada kesihatan.


 Imam Ahmad meriwayatkan, "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja. Justeru, lapar dan dahaga bukanlah sekadar amalan ritual berpuasa tetapi ia mempunyai hikmah dan nikmat yang tersirat bagi mereka yang mahu mengejar dan merebut natijah ketaqwaan. Jika tidak, kita hanya mendapat  lapar dan dahaga pada siangnya dan kepenatan berjaga pada malamnya.
        
Oleh sebab itu, puasa di bulan Ramadhan dan makan dengan sekadarnya serta berdisiplin mengikut masa merupakan satu latihan. Ia juga merupakan langkah bijak yang mutlak serta wajar diamalkan dan dibiasakan biarpun setelah berlalunya Ramadhan. Biarlah Ramadhan ini menjadi satu titik permulaan kepada perubahan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk menjadi individu muslim yang lebih baik .

Ditulis oleh Norkumala binti Awang

Saturday, February 7, 2015

PELANCARAN PROGRAM PINTAS

Program PINTAS  - Ke arah  sifar salah laku telah dilancarkan pada 8 Februari bertujuan membendung kes - kes salah laku, pencegahan dan pemulihan. Semoga pelajar dapat menunjukkan sikap yang lebih positif dan objektif salah laku sifar dapat dicapai.

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015

Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Halmy Bin Ahmad pada 18 Januari 2015 yang lalu. Bersama beliau ialah Penolong Kanan Pentadbiran Encik Ahmad Hourmain Bin Sulaiman dan Guru kanan Bidang Bahasa Encik Aziz Bin Osman. Marilah kita membaca dan menulis supaya membina budaya ilmu dan menuntut ilmu itu wajib...

Tuesday, January 27, 2015

Ganjaran tahap jauhari program NILAM

Unit pusat sumber akan memberikan mata merit kepada pelajar yang mencapai tahap Jauhari sekurang - kurangnya gangsa pada bulan Julai ini. Mereka yang meminjam buku melebihi 10 buah buku sehingga bulan Mei juga akan diberikan merit.

Mereka yang gagal meminjam buku pula diberikan peluang sehingga minggu hadapan ( 3 Februari 2015) untuk meminjam minima 2 buah buku sebulan.Tindakan dimerit  10 akan dikenakan selepas itu...( tidak meminjam  -5 dan tidak menghantar buku NILAM  -5) untuk bulan Januari ini.


Tahap Jauhari

Gangsa 72- 143    merit minima 5
Perak 144 -215    merit minima 7
Emas 216 - 287    merit minima 9

NILAM 288 Keatas merit 10

pemberian merit ini  tertakluk kepada syarat dan  perbincangan bersama unit HEM/Ko kurikulum...bukanlah muktmad.

Pinjam dan bacalah buku  kerana ilmunya.. bukannya kerana terpaksa. Ilmu yang dapat ditulis dan dikongsi bersama..maka lebih bermanfaat ilmu tersebut dan lebih banyak keberkatannya.

Kenali Bandar Segamat


 Image result for bandar segamat

Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.     - Sumber wiki pedia

Pekan Buloh Kasap -dan jambatan putus  - bangunan 1920 an. Masih ada di Pekan Buloh Kasap.          sumber wanitakakilangit.blogspot




Segamat Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara danPahang di timur. Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat). Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin

Selamat Tinggal SMK Buloh Kasap. Tuan Pengetua Berpindah ke SMK Tg Puteri Resort Johor Bahru. Selamat berpindah Puan Suzana dan Ustazah Sabariana. Terima kasih cikgu

Kenangan dari Pusat Sumber Kenangan dari PVMA Kenangan dari wakil tingkatan Terima kasih kepada Tuan Pengetua En. S.Mugune...