selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga SMK Buloh kasap
Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]
menahan diri adalah ubat kepada penyakit ”
Seorang pakar perubatan Arab bernama Al Harith Ibnu Kaladah pernah mengungkapkan, ‘perut merupakan sarang kepada penyakit, menahan diri itu adalah ubat kepada segala penyakit.' Justeru, puasa mendidik kita mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan kerana sikap itu akan mengundang masalah kepada kesihatan.
Oleh sebab itu, puasa di bulan Ramadhan dan makan dengan sekadarnya serta berdisiplin mengikut masa merupakan satu latihan. Ia juga merupakan langkah bijak yang mutlak serta wajar diamalkan dan dibiasakan biarpun setelah berlalunya Ramadhan. Biarlah Ramadhan ini menjadi satu titik permulaan kepada perubahan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk menjadi individu muslim yang lebih baik .
Ditulis oleh Norkumala binti Awang
No comments:
Post a Comment