Saturday, June 20, 2015

Hari Terbuka sekolah Dan Karnival MPV daerah segamat








Karnival Matapelajaran Vokasional  sekolah sekolah daerah Segamat meriah kerana pada hari tersebut juga diadakan hari terbuka sekolah. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.Tahniah kepada guru, para peserta karnival, pelajar dan ibu bapa yang hadir.

Pelancaran Program Sempena Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah

Program Ihya' Ramadhan disempurnakan oleh Pemangku Pengetua ,Encik Ahmad Hourmain Bin Sulaiman Penolong Kanan Pentadbiran diiringi  Encik Shahrulnizam Bin Shafie. Aktiviti sepanjang Ramadhan antaranya ialah Tazkirah, ceramah nizul qur'an, Tadarus, majlis khatam, solat hajat  untuk kelas peperiksaan, solat Dhuha dan Majlis berbuka puasa. Bersama samalah kita mengambil bahagian dan mealaksanakan kerana Allah dan rasulnya..Tahniah kepada Guru dan Panitia Agama Islam.

Salam Ramadhan


selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga SMK Buloh kasap

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]



 “ Perut adalah sarang kepada penyakit,
menahan diri adalah ubat kepada penyakit


 Menerobos keistimewaan bulan Ramadhan, tentunya banyak sekali pahala dan ganjaran bakal diperolehi bagi orang Islam yang berusaha untuk mendapatkannya.  Ibarat bonus yang datang bersama dengan pakej keistimewaan Ramadhan, puasa juga memberi impak kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar berlapar dahaga, tetapi tarbiyah dalam bulan puasa mampu menyediakan individu muslim yang peka dan berdisiplin terhadap budaya makan seharian.  Ramadhan menjadi madrasah terbaik untuk memulakan langkah menyeimbangkan tubuh badan mencapai kesihatan optimum.


Seorang pakar perubatan Arab bernama Al Harith Ibnu Kaladah pernah mengungkapkan, ‘perut merupakan sarang kepada penyakit, menahan diri itu adalah ubat kepada segala penyakit.' Justeru, puasa mendidik kita mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan kerana sikap itu akan mengundang masalah kepada kesihatan.


 Imam Ahmad meriwayatkan, "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja. Justeru, lapar dan dahaga bukanlah sekadar amalan ritual berpuasa tetapi ia mempunyai hikmah dan nikmat yang tersirat bagi mereka yang mahu mengejar dan merebut natijah ketaqwaan. Jika tidak, kita hanya mendapat  lapar dan dahaga pada siangnya dan kepenatan berjaga pada malamnya.
        
Oleh sebab itu, puasa di bulan Ramadhan dan makan dengan sekadarnya serta berdisiplin mengikut masa merupakan satu latihan. Ia juga merupakan langkah bijak yang mutlak serta wajar diamalkan dan dibiasakan biarpun setelah berlalunya Ramadhan. Biarlah Ramadhan ini menjadi satu titik permulaan kepada perubahan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk menjadi individu muslim yang lebih baik .

Ditulis oleh Norkumala binti Awang

Selamat Tinggal SMK Buloh Kasap. Tuan Pengetua Berpindah ke SMK Tg Puteri Resort Johor Bahru. Selamat berpindah Puan Suzana dan Ustazah Sabariana. Terima kasih cikgu

Kenangan dari Pusat Sumber Kenangan dari PVMA Kenangan dari wakil tingkatan Terima kasih kepada Tuan Pengetua En. S.Mugune...