Gimik perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengetua diiringi Guru Media |
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pendidikan pada tahun 1998.
Surat Pekeliling Iktisas Bil 13/1998 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini yang mempunyai hasrat murni mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai adunan aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan bermula dengan tahun 1 –6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 - 5 bagi sekolah menengah.
Rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga tamat persekolahan.
|
TAHAP JAUHARI
GANGSA - 72 - 143
PERAK 144 - 215
EMAS 216- 287
NILAM 288 KE ATAS
|
Pinjaman buku pula mestilah minima 10 buah buku sehingga bulan Mei 2016.
Terima kasih kepada semua guru terutamanya Guru NILAM, guru bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, guru tingkatan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Gerakan NILAM.