Thursday, January 14, 2016

Pelancaran Program Gerakan NILAM 17 Januari 2016





Gimik perasmian  disempurnakan oleh Tuan Pengetua diiringi Guru Media

Perasmian Program Gerakan NILAM peringkat SMK Buloh kasap Segamat oleh En. S. Mugunen  A/L Chendu
Perasmian sempurna apabila banner dan  grafik dipaparkan sepenuhnya.
Terima kasih  atas bantuan En. Ruzeidi Bin Razak.





Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat  Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pendidikan  pada  tahun 1998.
 Surat Pekeliling Iktisas Bil 13/1998 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini yang mempunyai  hasrat  murni mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat  Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai adunan aktiviti  galakan membaca di sekolah,  program ini dilaksanakan bermula dengan tahun 1 –6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1  - 5 bagi sekolah menengah.
 Rekod pembacaan murid-murid  ini diteruskan sehingga tamat persekolahan.













TAHAP JAUHARI


GANGSA - 72 - 143

PERAK      144 - 215

EMAS        216- 287

     NILAM  288 KE ATAS


Sasaran 2016 diharapkan semua pelajar SMK Buloh Kasap mempunyai buku NILAM dan mencapai minima 72 buku  (gangsa) sehingga bulan Oktober ini.

Pinjaman buku pula mestilah minima 10 buah buku sehingga bulan Mei 2016.

Terima kasih kepada semua guru terutamanya Guru NILAM, guru bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, guru tingkatan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Gerakan NILAM.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tinggal SMK Buloh Kasap. Tuan Pengetua Berpindah ke SMK Tg Puteri Resort Johor Bahru. Selamat berpindah Puan Suzana dan Ustazah Sabariana. Terima kasih cikgu

Kenangan dari Pusat Sumber Kenangan dari PVMA Kenangan dari wakil tingkatan Terima kasih kepada Tuan Pengetua En. S.Mugune...